KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA....BACA KISAH INI.



"Rasulullah merindui umat akhir zaman" .....

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak.
Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti
sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi
Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia
mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan
pengakuan demikian.


Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun
terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai
Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-
saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya
melepaskan gumpalan teka-teki yang mula
menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah
sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-
saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada
rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata
seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan
sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah
melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai
Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku.
Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta
mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah
menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya
Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada
Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan
Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam
seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para
nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan
wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku
berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah
menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja
yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat
lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka
ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka
membaca Al Quran dan beriman dengan semua
isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa
dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih
berbahagia orang yang beriman denganku tetapi
tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan
mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika
membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya
itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa
yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu
syarat untuk membuahkan cinta yang suci.

Pengorbanan dan kesungguhan untuk
mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-
Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan
kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu
menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah
bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain.

Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati
kita dengan baginda Rasulullah.
Selawat & salam buat junjungan mulia
Rasulullah.s.a.w..."Berselawatlah untukku satu
kali, maka Allah akan berselawat untuk nya 10
kali” hadis riwayat muslim(1/288, no.384)

Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat
denganku pada hari kiamat ialah orang yang
paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis
Riwayat At-Tarmidzi)

Sabda Nabi SAW : “ Dari Abu Hurairah r.a
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Janganlah
kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan
berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya
bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku
dimana sahaja kamu berada .“ (Hadis Riwayat Abu
Daud)

Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara
mara sesama Islam . Sabda Nabi s.a.w : “
Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai
kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang
lain lalu berjabat tangan ( bersalam ) dan
berselawat kepada Nabi s.a.w . melainkan Allah
mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah ,
baik yang telah lalu ataupun yang akan
datang.“ (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang
baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w : “ Setiap
pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan
hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka
pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang
barkahnya.“ (Hadis Riwayat Ar-Rahawi)

Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi
s.a.w . Sabda Nabi s.a.w : “ orang yang bakhil itu
adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika
orang menyebut namaku di sisinya.“ (Hadis
Riwayat At-Tirmidzi)

Ketika telinga berdengung . Sabda Nabi s.a.w : “
Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung ,
maka hendaklah ia mengingati dan berselawat
kepadaku.“ (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
Diberitakan oleh Ubay bin Kaab r.a. bahawa
seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w,
ujurnya : “ Ya Rasulullah bagaimana pendapat
engkau sekiranya aku jadikan selawat untuk
engkau semua?

Jawap Rasulullah s.a.w “ Kalau
demikian Allah akan memelihara engkau baik
mengenai dunia mahu pun mengenai
akhiratmu.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

Setiap waktu pagi dan petang . Sabda Nabi s.a.w :
“ Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi
sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali , maka
ia akan mendapat syafaatku di hari
kiamat.“ (Hadis Riwayat Thabarani)

Berdasarkan dari hadis-hadis diatas, jelas bahawa
membaca selawat kepada Nabi s.a.w adalah suatu
dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib
disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh
kesungguhan dan keikhlasan.

Semoga dengan
sentiasa berselawat ke atas Nabi, Allah akan
memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan
kaum Muslimin.

Fadilat Selawat -

untuk renungan
Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, "Malaikat
Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata
kepadaku. Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah,
barang siapa yang membaca selawat ke atasmu
tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan
saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia
melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang
berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu
minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat
kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan
aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga
Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka
yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh
mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah
S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan
masing-masing untuk orang-orang yang berselawat
ke atas Rasulullah S.A.W.

Ayuh jangan kita melepaskan peluang untuk
berselawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi
orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para
malaikat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Related Posts:

0 Response to "KITA UMAT AKHIR ZAMAN YANG SANGAT ISTIMEWA....BACA KISAH INI."

Posting Komentar